9/07/2018

ROTI WHOLEGRAIN DENGAN SOS PREGO






Sis main taram je nama resepi ni. Yang penting, sis dah cuba dan memang sedap. Tq abg Nik share resepi kat fb dia.



Bahan-bahan:

Roti gardenia wholegrain 3 keping. 
Sos prego
Chicken ham
Tomato
Mozzarella cheese
Parsley.

Roti dipotong empat kemudian lenyekkan sampai nipis. Sapukan sos prego. Potong tomato n chicken ham. Letakkan atas roti. Last letakkan mozzarella kasi kaw2. Masuk lam oven 5 minit.

After 5 minit. Keluarkan dari oven n taburkan daun parsley yg dicincang halus. Gunakan camera phone n apps yg terbaik utk snap pic n edit sebelum share kat mana2 social networking page.

Sekian.

kredit resepi/foto: Nik Masbudiman Che Nik

9/06/2018

Kisah Antara Kita




Ting!


Luthfi:Assalamualaikum.
          Boleh kita kenal? Nama saya Luthfi.
         Awak Sabrina kan?

Sabrina:Waalaikumsalam...
             Ya, Sabrina. Awak siapa? Maksud saya sebelum ni kita pernah kenal ke?

Luthfi:Awak tak ingat saya? Luth. Kawan pada Eric.Boyfriend bestfriend awak, Liya.
           Maksud saya,  kawan bekas boyfriend Liya. kita pernah keluar makan bersama dulu. Masa tu awak free hair lagi. Sekarang ni awak makin cantik bertudung.


         Bermula dari situlah perkenalan aku dengan Luth, seorang pramugara syarikat penerbangan di Malaysia. Dari situlah kami makin rapat dan rapat. Dia seorang yang romantik. Setiap kali dia ke luar negeri pasti ada sesuatu untuk aku. Tak kira murah atau mahal, pasti aku dapat habuan sekali. Tapi, bukan itu yang aku mahu. Aku tidak pernah kisah apa yang dia beri. Asalkan dia selamat mendarat dan wajahnya terpacak didepan aku. Itu sudah cukup bermakna bagi aku yang kerinduan bak dua insan bercinta. Tapi, entahlah aku sendiri tidak tahu status aku bersamanya. Adakah aku ini seorang kekasih baginya atau sekadar teman untuk melepaskan bosan apabila dia turun dari langit nan biru. Aku keliru, binggung! Tiga tahun aku menyulam rasa, menyulam rindu buat Luthfi. Akhirnya diam mendiamkan diri. Puas aku hubungi tapi lansung talian dimatikan.

          Dan, pada akhirnya. Aku pasrah. Aku tinggalkan Kuala Lumpur dan kembali ke kampung halaman aku nun jauh di pantai timur. Luthfi, tetap diam tanpa khabar berita. Tapi, aku tidak pernah putus asa. setiap solatku. Aku berdoa moga dipertemukan jodoh bersama Luthfi. Tapi, Allah itu maha adil dan mengetahui. Sesungguhnya aku telah berjumpa dengan suami aku sekarang. Walaupun jauh disudut rindu buat Luthfi itu masih ada. Maafkan Sab, abang...


         Hari ini genap setahun perkahwinan aku. Cukup sekadar aku bahagia bersama Hazim. Walaupun kami belum dikurniakan anak. Tapi, hidup kami lengkap berdua. Gaduh-gaduh manja itu perkara biasa dalam rumah tangga. So, bagi aku yang berfikiran terbuka ini. Itu bukan masalah yang besar bagi kami.  Suatu hari aku menerima satu panggilan. Panggilan yang mencelarukan hidup aku yang semakin tenang ini. Dan siapa saLuthfi muncul kembali. Kali ini dia lebih berani untuk menghubungi aku melalui telefon.

"Assalamualaikum, Sab.."

"Sab sihat?" Soalnya tanpa sekumit rasa bersalah. seolah-olah aku dan dia punya hubungan yang mesra seperi dahulu.

"Hujung minggu ni, Luth ada flight ke negeri kelahiran Sab. Boleh kita jumpa?"

"Insya Allah. Sab tak janji. Luth pun tahu kan Sab dah kawin.."

"Ohw.. maaf."

Dan perbualan itu mati disitu sehinggalah Liya berkunjung ke rumah aku. Membawa satu berita yang Luthfi telah meninggal dunia. Ya, siapa yang tidak sedih. Kata Liya lagi, Luth ada tinggalkan surat buat aku. Surat itu akan tiba pada tanggal hari lahir aku. Lagi lah airmata aku jatuh berderai di pipi. Hazim hanya kaku disebelah aku. Kini aku tidak peduli dengan kehadiran Hazim. Seolah aku adalah perempuan yang menduakan suami.

Seperti yang dijanjikan. Bungkusan dari Luth sampai ke tangan aku. Dengan tangan yang terketar-ketar aku buka surat itu.

Assalamualaikum Sabrina...

Selamat hari lahir yang ke-27 sayang.. Andai Sab baca surat yang Luth beri ini. Ketahuilah Sab, Luth telah kembali kepada pencipta. Doakan Luth berada disisi  orang-orang yang beriman..

Sab...

Luth ingin memohon ampun dan maaf selama ini mempermainkan perasaan Sab. Tapi, ketahuilah Sab sesungguhnya Sab tidak pernah bertepuk sebelah tangan. Luth cintakan Sab sepenuh hati sehingga nafas Luth yang terakhir. Walaupun Luth tahu dosa besar mencintai isteri orang. Tapi, Luth tak boleh tahan perasaan ini.

Maaf Sab, Luth tak pernah berterus terang tentang perasaan ini. Semuanya terjadi secara tiba-tiba. Sab ingat kan lagi kali terakhir sebelum Luth menghilangkan diri. Luth disahkan mempunyai barah otak. Luth terkesima, hati Luth remuk sebab tak dapat nak bersama dengan orang yang Luth sayang. Luth tak nak Sab menderita menerima Luth yang sakit ni.. 


Sab..

Sekali lagi Luth mintak maaf. Luth doakan Sab bahagia bersama  Hazim. Sekali lagi Luth doakan moga Sab panjang umur dan dikurniakan anak-anak yang comel. Luth harap Sab dapat lupakan Luth. Orang tua-tua cakap tak elok rindukan orang yang telah pergi. Jangan sedih-sedih Sab.

Yang selalu menyayangimu,
LUTHFI




 Angin pantai menderu perlahan, matanya memandang jauh ke tengah laut yang terbentang luas. Hatinya sebak, disini. Ditempat yang dia sedang melabuhkan duduk. Pernah satu ketika dulu janji sehidup semati telah dikotakan bersama yang tersayang. Peristiwa sebulan lepas cuba dilupakan. Ya, situasi sekarang seorang hidup dan seorang mati. Hidup itu Sabrina,  mati itu Luthfi.

"Sayang.."

"Jom balik..." Hazim memandang Sabrina untuk kesekian kali. Biarlah isterinya bersedih untuk seketika. Tiada perasaan cemburu pun bertaut dihatinya. Dia percaya Sabrina dan dia percaya pada dirinya. Lagipun, apalah sangat untuk cemburu dengan orang yang telah pergi.

"Jom. Maaf abang..."

"Bawak abang kat sini. Lepastu tinggalkan abang sorang-sorang. Rin janji ini last. No more Luthfi dalam hidup kita lagi."

Hazim tersenyum lebar. "Good job dear. Tak nak sedih-sedih lagi, okay? Kita doa yang baik-baik aje buat Luth.

Mereka berpimpinan tangan. Meninggalkan kenangan semalam...

9/05/2018

Mamat part 1


                     Langkah kaki  dihayun perlahan menuju ke kelas 1 amanah dengan penuh debaran. Selendang yang ditiup angin pagi dibetul perlahan. Dadanya masih berdebar, perlahan dia menarik nafas. Hatinya dirundum rasa yang menggila. Entah kenapa? kalau enam tahun lepas mungkin dia boleh terima.Yelah, sekolah pertama.Tapi, kalau sekarang hatinya masih berdebar sungguh dia merasakan sesuatu! 

' Its will be okay soon, Mia. Kanak-kanak je pun. Kau bukan nak masuk kandang harimau.' Bisiknya perlahan.
    
                Debaran makin terasa. Bagaimana penerimaan murid-murid dan bagaimana rasanya mengajar kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun ni? Nakal sangat ke? Susah sangat ke nak handle? Sebelum ni Mia mengajar pelajar darjah 4 dan keatas saja. Nampak gayanya dia kena ubah perwatakkan lah lepas ni. Kalau dulu digelar cikgu singa memandangkan selalu membawa rotan ke kelas. Nampaknya sekarang kena jadi cikgu kucing lah. Baru anak murid nak belajar. Kalau garang macam singa, menagis la pulak!
                   Kelas pertama untuk sekolah yang kedua. Pasti penuh kejutan. Sebelum ni Mia Dara pernah ditugaskan di sekolah di Sabah selama 6 tahun. Lama sangat di perantauan. Kalau tak kerana abah yang beria nak dia bertukar sekolah. Tak mungkin dia ada di sekolah ini sekarang. Tu pon dan melalui perlbagai proses memujuk dari abah dan ummi.
                   “Maaf cikgu, mana kelas 1 amanah ya? Dari tadi lagi saya tak nampak mana-mana petunjuk ke kelas.” Soal Mia pada cikgu Zakri yang kebetulan lalu di sebelahnya itu.
                 “La.. cari kelas ko cikgu Mia. Bakpo tok royat? Patutlah dok mutar itik sini. Tadi lagi saya nak tegor nampok dok lilah-lilah. Tak jumpo kelas rupanya. Nuh depan sekali nuh kelas 1 amanah gak.” Ucap cikgu Zul dalam loghat kelantan yang pekat.
              “Terima kasih, cikgu.” Ucap Mia malu-malu. Tulah belagak sangat dengan orang pejabat tadi. Orang nak hantar sampai kelas tak nak. Bisiknya.
                  Kedengaran suara bising dari arah kelas tersebut. Cikgu mia hanya menggelengkan kepalanya. Kenangan sewaktu zaman persekolahannya menerjah fikiran. Aku dan anak murid aku sama saja. Zaman kecik kan? Nakalnya masya allah, sampaikan cikgu yang mengajar pon naik seram dengan perangai kami.
                 Kakinya terhenti dihadapan kelas 1 amanah. Matanya bulat memandang ke dalam kelas. Mak aii.. ramainya. Mati aku nak kena handle kelas macam ni, dalam pengamatan adalah lah dalam 25 orang. Kecik-kecik dan comel-comel belaka. Tak kira lelaki atau perempuan. Tahap kecomelan mereka membuatkan cikgu Mia geram nak penyet-penyet macam lepat pisang. Hahahaha...
              “Assalamualaikum kelas...”
              “Waalaikumusalamm cikkkkguuu...” balas anak muridnya. Macam biasa suara mendayu-dayu. Mia tersenyum mendengar balasan salamnya itu.
              “Mari kita mulakan kelas dengan sesi perkenalan diri. Okey, nama cikgu Mia Dara Binti Raziff. Boleh panggil cikgu Mia je. Sebelum ni cikgu mengajar di Sabah. Ada apa-apa soalan nak tanya cikgu tak?”
             “Cikgu... kalau kita nak pergi Sabah, kita kena naik kapal terbang kan? Best tak naik kapal terbang?” soal kanak-kanak lelaki di belakang sana.
            “Bagi cikgu, tak best langsung. Sebab cikgu gayat dengan tempat tinggi. Cikgu paling tak suka bila nak naik kapal terbang, sebab cikgu akan muntah dan pening. Tapi mungkin awak akan suka kalau awak sukakan pada ketinggian.” Jelas Mia pada kanak-kanak tersebut.
              Hampir seluruh kelas ketawakannya apabila dia bercakap benar. Naik flight adalah satu pekara terakhir yang akan dibuat. Kalau tak kerana kisah lalu, Mia tak mungkin akan terbang membawa diri ke negeri dibawah bayu itu.
              “Okey kelas... cukup-cukup. Suka ya ketawakan cikgu. Mari mula sesi perkenalan kita pada hari ini. Kita mula dari belakang.”
              “ Yang hujung sana tu, yang tengah bercakap dengan kawan sebelah meja. Boleh bangun tak kenalkan diri? “ Kanak-kanak lelaki tersebut terkejut dengan sapaan Mia. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Mia tanpa riak bersalah.
            “Nama apa?”
            “Muhammad! Tapi babah panggil Mamat!” Dengan bangga Muhammad memperkenalkan nama panggilannya.
              Bulat mata cikgu Mia memandang wajah polos anak murid dihadapannya. Zaman yang serba canggih macam ni pun  ada lagi mak ayah panggil anak dengan panggilan macam ni ya?  Senyum senget dihadiahkan buat Muhammad. Nama anak dah cukup cantik, apa pasal panggil “Mamat”. Haish ... nanti buat malu anak je, apa punya ayahlah! Keluhnya sendirian.
             Melihat riak tenang di wajah Muhammad a.k.a Mamat dihadapannya membuatkan cikgu Mia tertarik untuk mengenali wajah polos ini. Malah dia juga tertarik  untuk mengenali sesi “babah” yang dicerikatan oleh Muhammad! Bagaikan magnet yang saling bertarikkan hatinya ingin mengenali babah Mamat yang mula dianggap kolot itu.
            Melihat nama “Muhammad bin Carl Zafril”  di dalam buku rekodnya membuatkan hati Mia berdebar-debar. Adakah dia orang yang sama? Nama anak ringkas dan penuh makna. Nama ayah kemain lagi. Dah spesis mat salleh. Muka? Comfim melayu habis! Gelak Mia dalam hatinya. Tapi nama tu... buat dia rasa seram semacam!
          “Muhammad ... ada adik beradik lain tak?” soalnya untuk mengetahui nama adik beradik Muhammad. Kalau dah Muhammad dipanggil Mamat. Ntah-ntah anak yang nama Abdullah dipanggilnya Dollah! Haish.. haru juga!
          “Maksud cikgu apa? Mamat tak paham lah.” Ucapnya sambil memandang cikgu Mia.
Berkerut dahi Mia. Alahai Muhammad soalan macam ni pon tak faham ke?
           “Tak... maksud cikgu, Muhammad ada adik or abang tak?”
            “Ohh... takde. Mamat anak tunggal. Mamat ada babah je. Babah je yang selalu ada dengan Mamat. Dari kecik sampai Mamat dah darjah 1. Mamat pon takde umi. Babah kata umi dah pergi tinggalkan kami untuk menemui sang pencipta. Babah cakap lagi, jangan menangis sebab umi lagi sedih bila tahu Mamat menangis. Jadi Mamat akan jadi seorang yang kuat dan tabah.” Ucapnya sambil tersenyum manis.
             Deng!
             Senyuman ini!
             Mia terpaku mendengar bicara si kecil dihadapannya. Wajah tanpa riak itu dipandang dengan pelbagai perasaan. Satu persamaan dari seseorang yang sangat dirindui. Malah senyuman di bibir Muhammad mengingatkan dia pada seseorang. Seorang sahabat yang telah meninggalkan luka yang dalam buat dirinya. Dan membuatkan dia tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidupnya.
             Mia mengeluh sendiri. Shaz! Mana kau berada sekarang? Hatinya berlagu rindu.

Love Is Lavender - Bab 2





#Loveislavender


Bab 2


"Yubi dah jumpa Ria..." Puan Kalsom bertanya. Tangannya ligat memotong sayur kubis. Waktu makan tengahari hampir tiba. Itu yang kalut dia didapur. Nak harapkan si Aaliani... Ermmm tak makan lah dia sekeluarga. Si bongsu itu pandai makan saja, masak memang tidak lah. apa nak jadi dengan anak perempuannya itu. Moga-moga nanti tidak dibenci mertua.


"Yubi...." Suaranya naik senoktah. Anak bujang yang sorang ni memang kalau dah mengadap tab, mengadap kerjanya. Tak pandang kiri dan kanan dah!

"Ada apa mami..." Ayubbi memandang maminya. Hilang konsentrasinya terhadap kerja. Tahulah sekarang dia ada dirumah. Tapi kerjanya tak mengira waktu. Masa selalu mengejarnya.

"Yelah mami tanya ni, dah jumpa Daria? Dari tadi lagi mami tanya. Yubi diam je..."

"Macam mana suka tak dengan pilihan mami?" Puan Kalsom beriak biasa. Matanya masih lagi tertunas pada sayur ditangan. lincah dan ligat memotong sayur.

Ayubbi jungkit bahu. "Kalau mami suka Yubi okay je. Orang tua-tua kata kan pilihan orang tua tu kan selalunya tepat. Ayubbi memberi senyuman mesra. Sebenarnya dia malas nak bertekak dengan mami. Walau seribu kali dia menolak, pasti mami ada seribu cara untuk dia menerima Daria.

"Bagi yubi.. kalau mami suka Daria tu dah cukup bagi yubi...  Kan mami dah pinang kan Daria tu untuk yubi. Kalau tiba-tiba tak jadi apa pulak kata keluarga dia. Majlis pun dah dekat kan. Yubi serah kat mami jelah..."

"Isk... mana boleh macam tu. Mami nak jugak tahu apa perasaan anak mami pada Daria. So, tadi jumpa Ria kan.. apa yang Yubi rasa.. Cantik kan Daria?

"Erm.. boleh la mami. Anak mami ni pun bukannya hensem sangat nak dapat isteri cantik bak miss world!"

"Tahu takpe! Hidup ni jangan nak memilih sangat, kalau terlampau memilih mami risau anak mami ni membujang sampai ke tua je." Ucap Paun Kalsom. Tiba-tiba dia teringat anak kawan baiknya. Kerana terlampau memilih calon menantulah, budak itu tidak kawin-kawin sampai sekarang. Bila teringat kisah anak sahabatnya terus dia mengucap panjang. Mintak jauh la benda yang sebegitu. Tak sampai hati melihat Qaf Ayubbi membujang sampai ke tua. Tambahan lagi, dia dah tak sabar nak menimbang cucu. Iri hati melihat kebanyakkan sahabatnya sudah mengendong cucu bila berjumpa!



Qaf Ayubbi


 Haishhh... sungguh dia tak sanggup memperjudikan masa depan Qaf Ayubbi. Lagi pulak memang dia sangat berkenan akan Daria. Lemah lembut budaknya. Pandai melayan orang tua, yang penting tidak sombong. Bertudung dan manis budaknya. Berkulit cerah tanpa jerawat itu dikira bonus lah.

"Mami..."

Puan Kalsom diam tanpa riak. Ayubbi pelik. Tiba-tiba mami boleh senyap. panggil pun tak bersaut.

"Mami... ohh.. mami... dah sampai mana ni?" sergah Ayubbi bila menghampiri maminya.

Terbang sudah wajah Daria yang manis. Kalsom tersenyum sendiri. Inilah orang cakap, penangan nak dapat menantu. Semua benda asyik teringatkan bakal menantu.

"Ada apa Yubi kesayangan mami?"

"Takde lah, mami ni apa hal tiba-tiba senyap je. Bila Yubi cakap yang Yubi tak hensem terus mami senyap. Nape mami, sungguh anak mami ni tak hensem ke?" Ayubi beriak sedih.

"Ishhhkk... kesitu pulak dia fikir. anak mami hensem lah. Sebab tu mami berani pinang Daria." Puan Kalsom tergelak kecil. Haihlah... anak, dia yang cakap tak hensem dia jugak yang sentap sendiri.