2/01/2016

Kawin itu indah apa? - Bab 2



Bab 2


           " Ikhram... you rasa betul ke apa yang kita buat ni? You tak rasa ke yang Qira akan terima sebab kita dan bukannya sebab rasa cinta. I rasa bersalah lah Ikhram..." Datin Sofie gusar apabila melihat penolakkan Syaqila. Ntah, dia pun tak pasti apa perasaannya sekarang.
 " Sofie.. I tak nak you fikir yang bukan-bukan. Luqman adalah pilihan yang tepat buat Syaqila. I pasti dia akan bahagia dengan pilihan kita. Yang penting Syaqila bukan pilihan kedua buat Luqman. Ingat tu..."
" Maksud you apa, Ikhram?" Soal Datin Sofie terkejut. 
" Nothing, sayang! I yakin Qila akan kawin dengan Luqman. Dia anak yang baik Sofie... cuma I saja tidak sedar akan kehadirannya. I sibuk sangat dengan karmila. I abaikan dia. I sedar yang keputusan yang I ambik ni akan melukakan hatinya. Tapi dengan cara ni saja I dapat tebus rasa bersalah I pada dia, Sofie.." Datuk Ikhram beremosi. Rasa bersalah pada Syaqila menghimpit dadanya. 
" I pun rasa benda yang sama Ikhram. I... rasa I mama yang paling tak guna." Datin Sofie teresak-esak menahan tangis. Malam ini penuh dengan emosi. Datuk Ikhram menarik isterinya dalam pelukkan.
" I bukan apa Ikhram... kita ni dah macam paksa dia terima Luqman untuk digantikan tempat Karmila. Sedangkan dia sekeras-kerasnya menolak permintaan kita. Lagikan dia masih belajar. Kejam ke kita ni Ikhram?" 
"Sofie.. ramai saja orang sekarang kawin muda. Dan I tak nampak salahnya kalau you cakap Syaqila menolak sebab dia masih belajar. Ramai je I tengok anak kawan-kawan I yang kawin masa study. Bahagia sampai sekarang Sofie...Pokok pangkalnya diri sendiri Sofie. I nampak Luqman mampu jadi ketua keluarga untuk puteri kita . I yakin Luqman akan membahagiakan Syaqila. Dah.. mari kita tidur. Esok saya ada meeting dengan pembekal sabun untuk hotel kita."
Datuk Ikhram menarik Datin Sofie dalam pelukkannya. Biarpun matanya tidak rasa mengantuk lagi. Tapi Datuk Ikhram malas untuk mendengar bebelan Datin Sofie yang membuatkan hatinya dilanda resah gelisah.

               Melihat Datin Sofie yang tidur pulas disebelahnya membuatkan Ikhram tersenyum sendiri. Sofie... wajah kau tetap cantik seperti dahulu. Bisiknya.
 Pantas wajah wanita yang dimamah usia itu dicium dengan penuh perasaan. Wanita yang berjaya menakluki hatinya dulu, kini dan selamanya. Rasa bersalah bermukim dihatinya. Andai Sofie tahu rahsia yang disimpan kemas itu... Masih ada lagi kah sinar bahagia buat dirinya yang sudah di penghujung senja ini?
Semakin usianya meningkat, makin rasa bersalah menjentik di tangkai hatinya. 
 "You tak tidur lagi ke?" Sofie disebelahnya bersuara apabila tidurnya terganggu.
"Kejap lagi I tidur. I rindu nak tengok wajah you.  Dah lama rasanya tak tatap wajah you masa you tidur. You tetap cantik Sofie... cantik seperti malam pertama kita dulu." Puji Datuk Ikhram ikhlas.
"Macam-macam lah you ni, Ikhram. Tapi I mengantuk sangat. I sambung tidur ya? you pon tidur lah kata esok ada meeting..."  
 "Baik sayang.. jap lagi Itidur. Good nite untuk kali yang kedua." Ucapnya seraya mencium pelupuk mata Sofie. Tabiat yang tak akan dilupakan sejak malam pertama mereka. Marah macam mana pun tetap akan dilakukan juga.
Malam merangkap ke pagi. Datuk Ikhram yang diserang rasa bersalah. Syaqila yang resah sedang menghadap Illahi. Andai buat keputusan itu semudah ABC ... 


                       "Morning mama! Papa mana?" Sapa Qila sambil menyendukkan bihun goreng ke dalam pinggannya. Nampak menyelerakan, memang elok dengan dirinya yang sedang lapar. Terasa lenguh seluruh tubuhnya. Berapa jam saja dia tidur semalam gara-gara permintaan luar alam mama dan papa. 
"Morning sayang. Papa ada meeting la pagi-pagi macam ni. Qila nak kemana? Awal lagi ni. Ada aktiviti ke? Soalnya. Melihat Syaqila yang berpakaian kemas dan cantik membuatkan dia tertanya-tanya. Janganlah nak tinggal dia kat rumah ni sorang-sorang lagi. Dah lah Datuk Ikhram selalu keluar, tambah lagi seorang anak perempuannya jugak tidak lekat kat rumah. Naik bosan juga kalau hari-hari mengadap Mak senan. Rungut Datin Sofie dalam hatinya. 
" Balik kolej ma.." jawabnya malas. Tak tenang nak lama-lama kat sini nanti kena mengadap papa yang nak jawapan. Setuju atau tidak? Haisshhh... 
" Hari ni kan sabtu, buat apa balik kolej? Teman lah mama kat rumah. Esok petang baru balik kolej ya." Pujuk Datin Sofie. 
 " Tak boleh... Qila ada group discussion dengan kawan pasal final projek. Sorry mama."
Bihun dalam pinggannya sudah licin dikerjakan. Tapi perutnya masih meminta makanan. Sejak dua menjak ni, perutnya memang selalu meminta makanan lebih. Suka gamaknya tengok tuannya dia tembam.Senyumnya sendirian.
" Mama...hulur nasi lemak sebungkus.Macam sedap je. Lapar lagi ni." Ucapnya sambil tersengih menampakkan gigi yang tersusun cantik.
" Banyaknya makan! gemuk dah mama tengok. Tu perut dah buncit. Macam mana nak pakai baju pengantin kalau macam ni."
" Alaaa..." Syaqila mengeluh. Apa mama ni main baju pengantin? Hilang selera nak makan. Dari lapar terus rasa kenyang.
" Tak payah nak alaaa...  alaaa.. lah dengan mama. Tak betul ke mama cakap ni?" Aku letak sudu. Aku capai air oren disebelah kanan dan meneguk dengan rakus. Benci! mendengar soal kawin. Belum sempat aku bangun mama dah menarik tangan aku. Kuat betul kan instinct mama kan? Macam tahu- tahu je aku nak bangun. 
" Ma!" terkejut dengan tindakan mama. Mama membulatkan matanya. Aku tunduk menahan rasa.
" Syaqila..." Aku dengar suara mama menyapa telinga. Lembut! Selembut bayu yang menyapa. 
" Mama mintak sekali saja, Qila. Kali ni je. Boleh kan sayang?" Syaqila memejamkan matanya. Berat!
" Nanti Qila fikirkan. Jangan paksa Qila, ma... Kawin bukan sesuatu yang mudah. Untuk terima orang asing dalam hidup kita bukan seperti beli barang di pasaraya. Suka beli, tak suka tinggal. Qila tak nak bina perkahwinan Qila macam tu. Qila nak terima Luqman sebab diri dia ma. Bukan sebab rasa tanggungjawab Qila pada mama dan papa dan bukan juga atas paksaan keluarga Luqman. Qila harap mama faham perasaan Qila sekarang. Insya Allah... Qila akan pertimbangkan permintaan mama dan papa. Qila pergi dulu ma..."
Syaqila memeluk mamanya dengan erat. Pipi montel Datin Sofie dicium sepenuh hatinya. Rasa bersalah apabila melihat wajah redup mama. Anak mata itu penuh pengharapan.
" Maafkan Qila, ma... Qila tak bermaksud nak lukakan hati mama."
" Mama faham. Pergilah.. hati-hati drive sayang. Apa-apa pun keputusan Qila, mama terima." 
"Terima kasih ma.." Tubuh langsing mamanya dipeluk lagi sekali. Dicium berkali-kali wajah itu...

1/29/2016

Kawin itu indah apa? - Bab 1


Bab 1


              " Tidak! Qila tak akan kawin dengan bakal abang ipar Qila sendiri. Cuba mama fikir, apa kata saudara mara kita? Sedangkan selama ni mereka tahu yang Luqman tu bakal suami kak mila. Mana Qila nak letak muka? Tu baru saudara mara kita, belum lagi orang luar? Mama dengan papa fikirlah macam mana kalau tiba-tiba kak mila balik semula? Qila macam mana? Tak kan Qila nak pulang balik Luqman macam barang ma... dan mama dengan papa jangan lupa pulak yang Luqman tu orang tau. Masih bernyawa, ada hati dan perasaan." Syaqila Maysara cuba menyerang emosi kedua ibubapanya. Gila nak pertaruhkan masa depan kawin awal? Dengan bakal abang ipar sendiri pulak tu? 
          "Sayang... dengar dulu apa mama dengan papa nak cakap ni." Pujuk Datin Sofie pada satu-satunya puteri yang tinggal. Rasa marah dan kesal dengan sikap anak angkatnya yang sudah dianggap sebagai anak sendiri itu. Lari gara-gara Luqman mintak percepatkan pernikahan mereka.
          Datin Sofie memeluk bahu Syaqila Maysara dengan erat. Dia amat kasihan melihat anak bongsunya itu yang terpaksa menjadi galang gantinya. Kepalanya pening memikirkan permintaan keluarga Luqman yang mahu teruskan perkahwinan ini. Walaupon mereka tahu Karmila Izara sudah lari ke London. Anak yang satu itu juga tidak sudah-sudah meninggalkan rasa sakit hati padanya. 
             "Mama dengan papa terpaksa sayang... "
             "Tolonglah faham masalah keluarga kita. Qila ingat mama suka-suka je nak kawinkan Qila dengan Luqman? Mama tak nak anak mama yang tanggung semua ni. Tapi untuk maruah keluarga kita, sayang." Pujuk datin Sofie lagi.
            "Ma.. Qila baru 23 tahun. Macam mana Qila nak kawin? Sedangkan selama ini semua keperluan Qila mak senah yang uruskan. Sekarang kena kawin. Ada suami tapi tak pandai nak uruskan apa-apa yang melibatkan hal rumah tangga. Mana nak belajar mana nak layan suami? Lama-lama Qila boleh gila, ma..." Rayu Syaqila Maysara.
             "Mama merayu pada Qila. Sangat-sangat, tolonglah terima cadangan keluarga Luqman. Ini pasal maruah keluarga kedua belah pihak Qila. Kesian kat papa, sayang.. tiba-tiba kak mila putuskan pertunangan dengan Luqman. Walaupon kak mila hanya anak angkat dalam keluarga ni. Tapi mama tetap anggap dia macam darah daging mama sendiri."
                 Sayangnya pada Karmila Izara tiada tandingannya. Mana mungkin dia mampu menghampurkan rasa amarahnya pada Karmila Izara. Kerana anak itu, dia dikurniakan Syaqila Maysara. Setelah sekian lama dia berkahwin dengan Datuk Ikhram . Selepas Datin Sofie dan Datuk Ikhram mengambil Karmila Izara, rezeki keluarga kecilnya melimpah ruah. Dari segi harta dan juga kesihatan. Setelah dua tahun memelihara karmila izara, dia dikurniakan Syaqila.
               "Mama.. kadang-kadang Qila cemburu dengan sikap mama. Sebenarnya siapa anak mama? Qila atau kak mila? kenapa selalu Qila yang kena tanggung akibat perbuatan dia ma? Siapa Qila di mata mama dan papa?? Siapa mama?" Syaqila sudah menangis mengongoi-ngongoi. Hatinya pedih dan lirih melihat betapa kedua ibubapanya mementingkan Karmila izara daripada dirinya. Perasaan cemburu membuak-buak dalam hatinya. Sudah lama dipendam, akhirnya malam ini terluah jua.
               Datuk Ikhram bersandar di kerusi empuk itu sudah tidak senang duduk apabila Syaqila yang selama ini nampak lembut tapi tegas itu meluahkan rasa tidak puas hati atas layanan yang diterima. Dia tertunduk malu, memang patut Syaqila membangkang apa yang diminta. Selama ini, hanya permintaan karmila yang diturutinya. Perasaan anak sendiri tidak pernah diambil kira.
              "Sudah lah Sofie... betul cakap Syaqila. Kita tak pernah nak dengar apa yang dia nak, apa yang dia tak nak. Kita selalu lebihkan Karmila. Tapi kita lupa yang kita masih ada anak lagi seorang. Papa mintak maaf Qila, selama ini papa selalu abaikan kamu. Tapi kali ini, papa merayu terimalah Luqman dalam hidup kamu. Papa tak mintak banyak tapi tolong pertimbangkan permintaan papa dan mama. Untuk sekali ini saja, sayang.." Ucap datuk Ikhram dengan sayu.
            Syaqila Maysara tertunduk layu. Selama dia hidup tidak pernah papanya merayu begitu. jari jemarinya mengesat air mata yang tumpah dipipinya. Akalnya bergerak aktif untuk mengemukakan alasan, tapi dia tidak menemukan satu alasan yang munasabah untuk menolak permintaan papanya. 
              Hatinya sakit. Sakit kerana tidak menemui satu apa pun alasan. Tiba-tiba dia rasa geram dengan sikap Karmila Izara. Berjanji untuk sehidup semati dengan Luqman. Tapi sekarang, lihatlah apa yang jadi? Bukan dia tak pernah temankan kakaknya itu pergi bercuti bersama Luqman. Sampaikan dia yang rasa meluat melihat aksi terlebih manja Karmila Izara bila bersama Luqman Hafizi. Berbulu matanya melihat. Lelaki macam itu kah yang hendak dibuat suami? Hatinya mendongkol geram.
            "Papa, mama... Qila mintak maaf  kalau apa yang Qila cakap lepas ini akan membuatkan hati mama dengan papa terluka." Syaqila bersuara setelah lama berdiam diri.
            "Cakaplah, sayang. Mama dengan papa akan cuba faham." ucap Datin Sofie.
            "Qila mintak tempoh untuk bagi keputusan. Tak lama bagi Qila. Tapi mungkin cukup lama bagi mama dan papa yang dah tak sabar nak dapat menantu ni. Qila naik atas dulu. Mintak maaf sekali lagi. nanti Qila akan bagitahu jawapannya. Tapi jangan terlalu berharap. Bila-bila masa saja Qila akan ubah keputusan Qila dan Qila tak teragak-agak akan ikut jejak kak mila. So, jangan paksa Qila buat apa yang Qila tak suka." Kata Syaqila Maysara. 
            Syaqila terus menyusun langkah dan bergerak menuju ke ruangan atas banglo rumahnya. Otaknya penat untuk memikirkan permintaan papa dan mama. Patutlah laju je papa call petang tadi. Rupanya hal ini yang penting. Kalaulah dia tahu, sumpah tak sudi nak balik rumah malam tadi. 
           Jam di meja tepinya menunjukkan angka 2 pagi, tapi matanya masih lagi terkebil-kebil. Syaqila tidur terlentang memandang syiling dalam biliknya. Dia  sangat geram pada dirinya sendiri. Kenapa dia tidak sekuat dan setegas kak Mila? Kalau tak suka terus pergi tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling.
"Huh!" Dia mengeluh sendiri.
            Kata Ustaz dizaman sekolahnya dulu, jika hati tak tenang. Bangunlah untuk solat tahajud malam, bacalah Al-quran untuk ketenangan diri. Semoga ibadah yang dilakukan akan memberi ketenangan kepada kita. Berdoalah moga Allah s.w.t memberi ketenangan dan kemakmuran pada diri dan seluruh ahli keluarga.  
           Apabila teringat kata-kata Ustaz Ghulam itu, Syaqila terus bangun dan menuju ke toilet. Dia ingin mengerjakan apa yang Ustaz Ghulam pesan kerana hatinya betul-betul tidak tenang sekarang.
           Dalam kedinginan malam, Syaqila maysara sujud pada maha pengcipta. Memohon doa moga dipermudahkan dan memberi ketenangan padanya untuk memberi jawapan pada permintaan papa dan mamanya....Berdosakah dia menolak permintaan papa dan mamanya? Derhaka kah dirinya? Mengenangkan hal itu Syaqila menangis lagi. Malu pada sang pencipta dengan keterlanjurannya  membangkang perihal tadi.
           Perlukah aku berkorban untuk kebaikan bersama? Persoalan demi persoalan menerjah difikirannya. Lama dia berteleku di tikar sejadah. Dan tanpa dia sedari, akhirnya dia terlelap jua...