9/05/2018

Mamat part 1


                     Langkah kaki  dihayun perlahan menuju ke kelas 1 amanah dengan penuh debaran. Selendang yang ditiup angin pagi dibetul perlahan. Dadanya masih berdebar, perlahan dia menarik nafas. Hatinya dirundum rasa yang menggila. Entah kenapa? kalau enam tahun lepas mungkin dia boleh terima.Yelah, sekolah pertama.Tapi, kalau sekarang hatinya masih berdebar sungguh dia merasakan sesuatu! 

' Its will be okay soon, Mia. Kanak-kanak je pun. Kau bukan nak masuk kandang harimau.' Bisiknya perlahan.
    
                Debaran makin terasa. Bagaimana penerimaan murid-murid dan bagaimana rasanya mengajar kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun ni? Nakal sangat ke? Susah sangat ke nak handle? Sebelum ni Mia mengajar pelajar darjah 4 dan keatas saja. Nampak gayanya dia kena ubah perwatakkan lah lepas ni. Kalau dulu digelar cikgu singa memandangkan selalu membawa rotan ke kelas. Nampaknya sekarang kena jadi cikgu kucing lah. Baru anak murid nak belajar. Kalau garang macam singa, menagis la pulak!
                   Kelas pertama untuk sekolah yang kedua. Pasti penuh kejutan. Sebelum ni Mia Dara pernah ditugaskan di sekolah di Sabah selama 6 tahun. Lama sangat di perantauan. Kalau tak kerana abah yang beria nak dia bertukar sekolah. Tak mungkin dia ada di sekolah ini sekarang. Tu pon dan melalui perlbagai proses memujuk dari abah dan ummi.
                   “Maaf cikgu, mana kelas 1 amanah ya? Dari tadi lagi saya tak nampak mana-mana petunjuk ke kelas.” Soal Mia pada cikgu Zakri yang kebetulan lalu di sebelahnya itu.
                 “La.. cari kelas ko cikgu Mia. Bakpo tok royat? Patutlah dok mutar itik sini. Tadi lagi saya nak tegor nampok dok lilah-lilah. Tak jumpo kelas rupanya. Nuh depan sekali nuh kelas 1 amanah gak.” Ucap cikgu Zul dalam loghat kelantan yang pekat.
              “Terima kasih, cikgu.” Ucap Mia malu-malu. Tulah belagak sangat dengan orang pejabat tadi. Orang nak hantar sampai kelas tak nak. Bisiknya.
                  Kedengaran suara bising dari arah kelas tersebut. Cikgu mia hanya menggelengkan kepalanya. Kenangan sewaktu zaman persekolahannya menerjah fikiran. Aku dan anak murid aku sama saja. Zaman kecik kan? Nakalnya masya allah, sampaikan cikgu yang mengajar pon naik seram dengan perangai kami.
                 Kakinya terhenti dihadapan kelas 1 amanah. Matanya bulat memandang ke dalam kelas. Mak aii.. ramainya. Mati aku nak kena handle kelas macam ni, dalam pengamatan adalah lah dalam 25 orang. Kecik-kecik dan comel-comel belaka. Tak kira lelaki atau perempuan. Tahap kecomelan mereka membuatkan cikgu Mia geram nak penyet-penyet macam lepat pisang. Hahahaha...
              “Assalamualaikum kelas...”
              “Waalaikumusalamm cikkkkguuu...” balas anak muridnya. Macam biasa suara mendayu-dayu. Mia tersenyum mendengar balasan salamnya itu.
              “Mari kita mulakan kelas dengan sesi perkenalan diri. Okey, nama cikgu Mia Dara Binti Raziff. Boleh panggil cikgu Mia je. Sebelum ni cikgu mengajar di Sabah. Ada apa-apa soalan nak tanya cikgu tak?”
             “Cikgu... kalau kita nak pergi Sabah, kita kena naik kapal terbang kan? Best tak naik kapal terbang?” soal kanak-kanak lelaki di belakang sana.
            “Bagi cikgu, tak best langsung. Sebab cikgu gayat dengan tempat tinggi. Cikgu paling tak suka bila nak naik kapal terbang, sebab cikgu akan muntah dan pening. Tapi mungkin awak akan suka kalau awak sukakan pada ketinggian.” Jelas Mia pada kanak-kanak tersebut.
              Hampir seluruh kelas ketawakannya apabila dia bercakap benar. Naik flight adalah satu pekara terakhir yang akan dibuat. Kalau tak kerana kisah lalu, Mia tak mungkin akan terbang membawa diri ke negeri dibawah bayu itu.
              “Okey kelas... cukup-cukup. Suka ya ketawakan cikgu. Mari mula sesi perkenalan kita pada hari ini. Kita mula dari belakang.”
              “ Yang hujung sana tu, yang tengah bercakap dengan kawan sebelah meja. Boleh bangun tak kenalkan diri? “ Kanak-kanak lelaki tersebut terkejut dengan sapaan Mia. Terkebil-kebil matanya memandang wajah Mia tanpa riak bersalah.
            “Nama apa?”
            “Muhammad! Tapi babah panggil Mamat!” Dengan bangga Muhammad memperkenalkan nama panggilannya.
              Bulat mata cikgu Mia memandang wajah polos anak murid dihadapannya. Zaman yang serba canggih macam ni pun  ada lagi mak ayah panggil anak dengan panggilan macam ni ya?  Senyum senget dihadiahkan buat Muhammad. Nama anak dah cukup cantik, apa pasal panggil “Mamat”. Haish ... nanti buat malu anak je, apa punya ayahlah! Keluhnya sendirian.
             Melihat riak tenang di wajah Muhammad a.k.a Mamat dihadapannya membuatkan cikgu Mia tertarik untuk mengenali wajah polos ini. Malah dia juga tertarik  untuk mengenali sesi “babah” yang dicerikatan oleh Muhammad! Bagaikan magnet yang saling bertarikkan hatinya ingin mengenali babah Mamat yang mula dianggap kolot itu.
            Melihat nama “Muhammad bin Carl Zafril”  di dalam buku rekodnya membuatkan hati Mia berdebar-debar. Adakah dia orang yang sama? Nama anak ringkas dan penuh makna. Nama ayah kemain lagi. Dah spesis mat salleh. Muka? Comfim melayu habis! Gelak Mia dalam hatinya. Tapi nama tu... buat dia rasa seram semacam!
          “Muhammad ... ada adik beradik lain tak?” soalnya untuk mengetahui nama adik beradik Muhammad. Kalau dah Muhammad dipanggil Mamat. Ntah-ntah anak yang nama Abdullah dipanggilnya Dollah! Haish.. haru juga!
          “Maksud cikgu apa? Mamat tak paham lah.” Ucapnya sambil memandang cikgu Mia.
Berkerut dahi Mia. Alahai Muhammad soalan macam ni pon tak faham ke?
           “Tak... maksud cikgu, Muhammad ada adik or abang tak?”
            “Ohh... takde. Mamat anak tunggal. Mamat ada babah je. Babah je yang selalu ada dengan Mamat. Dari kecik sampai Mamat dah darjah 1. Mamat pon takde umi. Babah kata umi dah pergi tinggalkan kami untuk menemui sang pencipta. Babah cakap lagi, jangan menangis sebab umi lagi sedih bila tahu Mamat menangis. Jadi Mamat akan jadi seorang yang kuat dan tabah.” Ucapnya sambil tersenyum manis.
             Deng!
             Senyuman ini!
             Mia terpaku mendengar bicara si kecil dihadapannya. Wajah tanpa riak itu dipandang dengan pelbagai perasaan. Satu persamaan dari seseorang yang sangat dirindui. Malah senyuman di bibir Muhammad mengingatkan dia pada seseorang. Seorang sahabat yang telah meninggalkan luka yang dalam buat dirinya. Dan membuatkan dia tabah dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidupnya.
             Mia mengeluh sendiri. Shaz! Mana kau berada sekarang? Hatinya berlagu rindu.

No comments:

Post a Comment