9/05/2018

Love Is Lavender - Bab 2





#Loveislavender


Bab 2


"Yubi dah jumpa Ria..." Puan Kalsom bertanya. Tangannya ligat memotong sayur kubis. Waktu makan tengahari hampir tiba. Itu yang kalut dia didapur. Nak harapkan si Aaliani... Ermmm tak makan lah dia sekeluarga. Si bongsu itu pandai makan saja, masak memang tidak lah. apa nak jadi dengan anak perempuannya itu. Moga-moga nanti tidak dibenci mertua.


"Yubi...." Suaranya naik senoktah. Anak bujang yang sorang ni memang kalau dah mengadap tab, mengadap kerjanya. Tak pandang kiri dan kanan dah!

"Ada apa mami..." Ayubbi memandang maminya. Hilang konsentrasinya terhadap kerja. Tahulah sekarang dia ada dirumah. Tapi kerjanya tak mengira waktu. Masa selalu mengejarnya.

"Yelah mami tanya ni, dah jumpa Daria? Dari tadi lagi mami tanya. Yubi diam je..."

"Macam mana suka tak dengan pilihan mami?" Puan Kalsom beriak biasa. Matanya masih lagi tertunas pada sayur ditangan. lincah dan ligat memotong sayur.

Ayubbi jungkit bahu. "Kalau mami suka Yubi okay je. Orang tua-tua kata kan pilihan orang tua tu kan selalunya tepat. Ayubbi memberi senyuman mesra. Sebenarnya dia malas nak bertekak dengan mami. Walau seribu kali dia menolak, pasti mami ada seribu cara untuk dia menerima Daria.

"Bagi yubi.. kalau mami suka Daria tu dah cukup bagi yubi...  Kan mami dah pinang kan Daria tu untuk yubi. Kalau tiba-tiba tak jadi apa pulak kata keluarga dia. Majlis pun dah dekat kan. Yubi serah kat mami jelah..."

"Isk... mana boleh macam tu. Mami nak jugak tahu apa perasaan anak mami pada Daria. So, tadi jumpa Ria kan.. apa yang Yubi rasa.. Cantik kan Daria?

"Erm.. boleh la mami. Anak mami ni pun bukannya hensem sangat nak dapat isteri cantik bak miss world!"

"Tahu takpe! Hidup ni jangan nak memilih sangat, kalau terlampau memilih mami risau anak mami ni membujang sampai ke tua je." Ucap Paun Kalsom. Tiba-tiba dia teringat anak kawan baiknya. Kerana terlampau memilih calon menantulah, budak itu tidak kawin-kawin sampai sekarang. Bila teringat kisah anak sahabatnya terus dia mengucap panjang. Mintak jauh la benda yang sebegitu. Tak sampai hati melihat Qaf Ayubbi membujang sampai ke tua. Tambahan lagi, dia dah tak sabar nak menimbang cucu. Iri hati melihat kebanyakkan sahabatnya sudah mengendong cucu bila berjumpa!



Qaf Ayubbi


 Haishhh... sungguh dia tak sanggup memperjudikan masa depan Qaf Ayubbi. Lagi pulak memang dia sangat berkenan akan Daria. Lemah lembut budaknya. Pandai melayan orang tua, yang penting tidak sombong. Bertudung dan manis budaknya. Berkulit cerah tanpa jerawat itu dikira bonus lah.

"Mami..."

Puan Kalsom diam tanpa riak. Ayubbi pelik. Tiba-tiba mami boleh senyap. panggil pun tak bersaut.

"Mami... ohh.. mami... dah sampai mana ni?" sergah Ayubbi bila menghampiri maminya.

Terbang sudah wajah Daria yang manis. Kalsom tersenyum sendiri. Inilah orang cakap, penangan nak dapat menantu. Semua benda asyik teringatkan bakal menantu.

"Ada apa Yubi kesayangan mami?"

"Takde lah, mami ni apa hal tiba-tiba senyap je. Bila Yubi cakap yang Yubi tak hensem terus mami senyap. Nape mami, sungguh anak mami ni tak hensem ke?" Ayubi beriak sedih.

"Ishhhkk... kesitu pulak dia fikir. anak mami hensem lah. Sebab tu mami berani pinang Daria." Puan Kalsom tergelak kecil. Haihlah... anak, dia yang cakap tak hensem dia jugak yang sentap sendiri.

No comments:

Post a Comment