1/13/2017

Love Is Lavender - Bab 1










#Loveislavender


Bab 1





"Fresh flowers?"

Daria mengangguk. Wedding aku, suka hati aku lah! Kau nak sibuk pasal apa. Dia menjeling lelaki disebelahnya. Geram!

"Kenapa bunga ni?" Soal lelaki itu sambil menunjukkan sepasu lavender di sudut lantai. Bibirnya dicebik. Tak suka dengan pilihan si perempuan.Menyampah dengan bau lavendar. Rasa nak muntah! Dia arlegik dengan bau lavender. Perempuan ni sengaja mengundang amarahnya.

"Kat sini punya lah banyak bunga rose, daisy. tulip... macam-macam lah! Pasal apa kau nak lavendar? Kau memang sengaja kan?" Marahnya tanpa tertahan. Sekarang pun dia dah rasa semacam bila berada dalam kedai ni. Bau lavender ni mencucuk hidungnya. Tunggu masa saja isi perutnya nak terburai.

Daria tersenyum sinis. Dalam hatinya sudah tergelak jahat. Padam muka! Memang aku sengaja pilih lavender. Rasa nak dicium-cium bakal adik iparnya. Ini semua  kerana Aaliani.

"Kak Ria nak tahu tak along tak suka bau lavender tau.Nanti dia muntah! Pernah sekali masa kami di rumah makcik along muntah-muntah sampai masuk hospital tau. Masa tu family tak tahu pun along alah dengan bau lavender. Lucu kan along..." Cerita Aaliani.

Dan kerana cerita Aaliani itulah dia memilih lavender. Nampak jahat kan? Dah tahu bakal suaminya alah dengan bau lavender tapi dia tetap memilih lavender! Itulah siapa suruh mulut tu jahat sangat. Dah la sombong tak bertempat,ego pulak tinggi melangit. Kau ingat aku nak sangat ke kawin dengan kau Ayubbi. Kirim salam jelah... Kalau tak kerana mama aku tak hingin la kawin dengan kau. Kutuk Daria dalam hati.

"Aku suka lavender... Lagi pun ini majlis di rumah aku. Kalau kau tak suka sila cari pengantin perempuan lain untuk berganding dengan kau nanti Encik Qaf Ayubbi. Kalau kau rasa nak teruskan pernikahan ni, terima sajalah pilihan aku." Daria bertegas. Dia bukan sengaja tapi sekadar mengajar Ayubbi sahaja. Lelaki sombong dan bongkak macam Ayubbi ni harus di ajar untuk menerima pilihan orang.

"Aku tak suka bunga ni. Bunga lain aku boleh consider lagi tapi bukan lavender! Kau tak rasa ke nanti kau tengah bersanding dalam toilet Cik Daria!" Dia mula marah melihat tinggah Daria yang beriya benar memilih lavender untuk wedding mereka. Melihat senyum sinis di bibir Daria itu lagilah dia bengang. 

"Tak. Aku rasa fresh je kalau guna lavender. Rasa tenang, walaupun masa tu aku kena mengadap kau! Kena bagi senyuman palsu kat semua tetamu. Dan acah-acah berbahagia dengan pernikah kita." Bibir Daria mencebik lebar.

"Suka hati kau lah Daria..." Ayubbi melangkah meninggalkan kedai bunga. Sungguh dia sangat marah. Kena kawin, dia ikutkan lagi walaupun hatinya membantah. Tapi untuk terima lavender dijadikan sebagai tema majlis kawin nanti memang dia tak sanggup!

Daria tersenyum kemenangan. Melihat langkah Ayubbi yang makin menjauh itu dia ingin ketawa  terbahak-bahak. Tapi ditahan saja. Tak sabar rasanya ingin berkongsi cerita dengan teman baiknya. First dating yang mengundang kemarahan encik tunang.

Dia menggeleng-geleng kepala.Lucu rasanya, kenapa lah dia boleh berkeras untuk memilih bunga lavender sebagai tema kawinnya. Padahal lavender bukan termasuk dalam list bunga yang dia suka. Semuanya kerana cerita Aaliani.

Aaliani... Aaliani... bibirnya mengguman sendiri. Bola matanya terarah pada sepasu besar bunga yang berwarna warni. Putih, pink dan purple. Kombinasi yang sangat menabjukkan. Warnanya yang cukup cantik dan menarik. Sangat sesuai diletakkan kiri dan kanan laluan ke pelamin. Dia  tertarik dengan bunga itu. Dia suka.

"Adik... ini bunga apa?" Soal Daria sambil menyentuh kelopak bunga itu. Hidungnya didekatkan kearah bunga yang kecik comel itu. Masya allah... wanginya bau bunga ni. Daria tersenyum sambil membelai bunga tersebut.




"Yang mana miss?" Soal pekerja itu.

"Ini..." Jawab Daria sambil memegang bunga itu.

"Oh.. ini bunga aster miss. Miss nak?"

"Cantik nama dia. Secantik tuannya." Daria berseloroh.

"Ya.. memang cantik. Selalu customer request untuk wedding. Letak dalam pasu dan dihias di laluan menuju ke pelamin." Terang pekerja itu tanpa menyedari Daria sudah tersenyum kegembiraan. Tak salah pilihan aku. Desis hati Daria.

"Okay, bungkus ini untuk saya." 

"Tunggu kejap miss.." Pekerja itu terus berlalu kebelakang.

Selesai membuat bayaran, Daria keluar dari situ. Perlahan dia melangkah menuju ke kereta. Punat remote kunci ditekan. Pintu dibuka dan dia melolos masuk. Dia melepaskan lelah seketika. penat bertekak dengan Ayubbi. Tapi, nasib baik ada bunga aster ni sejuk sikit hati aku. Bisiknya.

Perlahan dia menekan minyak kereta dan meninggalkan kedai bunga. Masih banyak urusan yang belum diselesaikan. Tarikh nikahnya juga makin hampir. Dalam masa sebulan lagi dia akan bergelar puan. Status yang tak pernah difikirkan dalam masa terdekat ni. Semuanya datang secara tiba-tiba.

Daria mengeluh panjang...


No comments:

Post a Comment