1/29/2016

Kawin itu indah apa? - Bab 1


Bab 1


              " Tidak! Qila tak akan kawin dengan bakal abang ipar Qila sendiri. Cuba mama fikir, apa kata saudara mara kita? Sedangkan selama ni mereka tahu yang Luqman tu bakal suami kak mila. Mana Qila nak letak muka? Tu baru saudara mara kita, belum lagi orang luar? Mama dengan papa fikirlah macam mana kalau tiba-tiba kak mila balik semula? Qila macam mana? Tak kan Qila nak pulang balik Luqman macam barang ma... dan mama dengan papa jangan lupa pulak yang Luqman tu orang tau. Masih bernyawa, ada hati dan perasaan." Syaqila Maysara cuba menyerang emosi kedua ibubapanya. Gila nak pertaruhkan masa depan kawin awal? Dengan bakal abang ipar sendiri pulak tu? 
          "Sayang... dengar dulu apa mama dengan papa nak cakap ni." Pujuk Datin Sofie pada satu-satunya puteri yang tinggal. Rasa marah dan kesal dengan sikap anak angkatnya yang sudah dianggap sebagai anak sendiri itu. Lari gara-gara Luqman mintak percepatkan pernikahan mereka.
          Datin Sofie memeluk bahu Syaqila Maysara dengan erat. Dia amat kasihan melihat anak bongsunya itu yang terpaksa menjadi galang gantinya. Kepalanya pening memikirkan permintaan keluarga Luqman yang mahu teruskan perkahwinan ini. Walaupon mereka tahu Karmila Izara sudah lari ke London. Anak yang satu itu juga tidak sudah-sudah meninggalkan rasa sakit hati padanya. 
             "Mama dengan papa terpaksa sayang... "
             "Tolonglah faham masalah keluarga kita. Qila ingat mama suka-suka je nak kawinkan Qila dengan Luqman? Mama tak nak anak mama yang tanggung semua ni. Tapi untuk maruah keluarga kita, sayang." Pujuk datin Sofie lagi.
            "Ma.. Qila baru 23 tahun. Macam mana Qila nak kawin? Sedangkan selama ini semua keperluan Qila mak senah yang uruskan. Sekarang kena kawin. Ada suami tapi tak pandai nak uruskan apa-apa yang melibatkan hal rumah tangga. Mana nak belajar mana nak layan suami? Lama-lama Qila boleh gila, ma..." Rayu Syaqila Maysara.
             "Mama merayu pada Qila. Sangat-sangat, tolonglah terima cadangan keluarga Luqman. Ini pasal maruah keluarga kedua belah pihak Qila. Kesian kat papa, sayang.. tiba-tiba kak mila putuskan pertunangan dengan Luqman. Walaupon kak mila hanya anak angkat dalam keluarga ni. Tapi mama tetap anggap dia macam darah daging mama sendiri."
                 Sayangnya pada Karmila Izara tiada tandingannya. Mana mungkin dia mampu menghampurkan rasa amarahnya pada Karmila Izara. Kerana anak itu, dia dikurniakan Syaqila Maysara. Setelah sekian lama dia berkahwin dengan Datuk Ikhram . Selepas Datin Sofie dan Datuk Ikhram mengambil Karmila Izara, rezeki keluarga kecilnya melimpah ruah. Dari segi harta dan juga kesihatan. Setelah dua tahun memelihara karmila izara, dia dikurniakan Syaqila.
               "Mama.. kadang-kadang Qila cemburu dengan sikap mama. Sebenarnya siapa anak mama? Qila atau kak mila? kenapa selalu Qila yang kena tanggung akibat perbuatan dia ma? Siapa Qila di mata mama dan papa?? Siapa mama?" Syaqila sudah menangis mengongoi-ngongoi. Hatinya pedih dan lirih melihat betapa kedua ibubapanya mementingkan Karmila izara daripada dirinya. Perasaan cemburu membuak-buak dalam hatinya. Sudah lama dipendam, akhirnya malam ini terluah jua.
               Datuk Ikhram bersandar di kerusi empuk itu sudah tidak senang duduk apabila Syaqila yang selama ini nampak lembut tapi tegas itu meluahkan rasa tidak puas hati atas layanan yang diterima. Dia tertunduk malu, memang patut Syaqila membangkang apa yang diminta. Selama ini, hanya permintaan karmila yang diturutinya. Perasaan anak sendiri tidak pernah diambil kira.
              "Sudah lah Sofie... betul cakap Syaqila. Kita tak pernah nak dengar apa yang dia nak, apa yang dia tak nak. Kita selalu lebihkan Karmila. Tapi kita lupa yang kita masih ada anak lagi seorang. Papa mintak maaf Qila, selama ini papa selalu abaikan kamu. Tapi kali ini, papa merayu terimalah Luqman dalam hidup kamu. Papa tak mintak banyak tapi tolong pertimbangkan permintaan papa dan mama. Untuk sekali ini saja, sayang.." Ucap datuk Ikhram dengan sayu.
            Syaqila Maysara tertunduk layu. Selama dia hidup tidak pernah papanya merayu begitu. jari jemarinya mengesat air mata yang tumpah dipipinya. Akalnya bergerak aktif untuk mengemukakan alasan, tapi dia tidak menemukan satu alasan yang munasabah untuk menolak permintaan papanya. 
              Hatinya sakit. Sakit kerana tidak menemui satu apa pun alasan. Tiba-tiba dia rasa geram dengan sikap Karmila Izara. Berjanji untuk sehidup semati dengan Luqman. Tapi sekarang, lihatlah apa yang jadi? Bukan dia tak pernah temankan kakaknya itu pergi bercuti bersama Luqman. Sampaikan dia yang rasa meluat melihat aksi terlebih manja Karmila Izara bila bersama Luqman Hafizi. Berbulu matanya melihat. Lelaki macam itu kah yang hendak dibuat suami? Hatinya mendongkol geram.
            "Papa, mama... Qila mintak maaf  kalau apa yang Qila cakap lepas ini akan membuatkan hati mama dengan papa terluka." Syaqila bersuara setelah lama berdiam diri.
            "Cakaplah, sayang. Mama dengan papa akan cuba faham." ucap Datin Sofie.
            "Qila mintak tempoh untuk bagi keputusan. Tak lama bagi Qila. Tapi mungkin cukup lama bagi mama dan papa yang dah tak sabar nak dapat menantu ni. Qila naik atas dulu. Mintak maaf sekali lagi. nanti Qila akan bagitahu jawapannya. Tapi jangan terlalu berharap. Bila-bila masa saja Qila akan ubah keputusan Qila dan Qila tak teragak-agak akan ikut jejak kak mila. So, jangan paksa Qila buat apa yang Qila tak suka." Kata Syaqila Maysara. 
            Syaqila terus menyusun langkah dan bergerak menuju ke ruangan atas banglo rumahnya. Otaknya penat untuk memikirkan permintaan papa dan mama. Patutlah laju je papa call petang tadi. Rupanya hal ini yang penting. Kalaulah dia tahu, sumpah tak sudi nak balik rumah malam tadi. 
           Jam di meja tepinya menunjukkan angka 2 pagi, tapi matanya masih lagi terkebil-kebil. Syaqila tidur terlentang memandang syiling dalam biliknya. Dia  sangat geram pada dirinya sendiri. Kenapa dia tidak sekuat dan setegas kak Mila? Kalau tak suka terus pergi tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling.
"Huh!" Dia mengeluh sendiri.
            Kata Ustaz dizaman sekolahnya dulu, jika hati tak tenang. Bangunlah untuk solat tahajud malam, bacalah Al-quran untuk ketenangan diri. Semoga ibadah yang dilakukan akan memberi ketenangan kepada kita. Berdoalah moga Allah s.w.t memberi ketenangan dan kemakmuran pada diri dan seluruh ahli keluarga.  
           Apabila teringat kata-kata Ustaz Ghulam itu, Syaqila terus bangun dan menuju ke toilet. Dia ingin mengerjakan apa yang Ustaz Ghulam pesan kerana hatinya betul-betul tidak tenang sekarang.
           Dalam kedinginan malam, Syaqila maysara sujud pada maha pengcipta. Memohon doa moga dipermudahkan dan memberi ketenangan padanya untuk memberi jawapan pada permintaan papa dan mamanya....Berdosakah dia menolak permintaan papa dan mamanya? Derhaka kah dirinya? Mengenangkan hal itu Syaqila menangis lagi. Malu pada sang pencipta dengan keterlanjurannya  membangkang perihal tadi.
           Perlukah aku berkorban untuk kebaikan bersama? Persoalan demi persoalan menerjah difikirannya. Lama dia berteleku di tikar sejadah. Dan tanpa dia sedari, akhirnya dia terlelap jua... 

5 comments:

  1. Ait dabes? Sambung lagi dik,best pula ceta ni,sambung yg indah2 k 😉

    I cayang u ketat-ketat....hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its you sista? Dimana saja you always make my day sis! Muahh setepek :)
      Kena sambung ke? Kihkihkih..

      Delete
  2. Isy mestilah sambung,tak sabar nak tau kahwin ke tak,akk dia blik tuntut janji dgn tunang ke tak...
    Atau klau takut panjang sgt,apa kata buat cerpen atau mini nvl. (Sesukasuki aku aja nak mengarah 'sang author' anyway,peace yaow!!

    ReplyDelete
  3. Isy mestilah sambung,tak sabar nak tau kahwin ke tak,akk dia blik tuntut janji dgn tunang ke tak...
    Atau klau takut panjang sgt,apa kata buat cerpen atau mini nvl. (Sesukasuki aku aja nak mengarah 'sang author' anyway,peace yaow!!

    ReplyDelete
  4. Insya allah.. Kita sambung. Jangan risau :)

    ReplyDelete