1/16/2017

Hanya Kerna Dosa Semalam - Bab 1




"Perhatian kepada semua calon anda dikendaki menyemak jawapan untuk kali yang terakhir sebelum pengawas peperiksaan memunggut kertas jawapan." Suara Encik Badrul kedengaran di depan sana.

Senyuman manis sudah terpamer dibibir munggil Irdina. Hatinya sudah melonjak kegembiraan. Tak sabar rasanya nak keluar dari dewan. Kepalanya sudah pening memerah otak. Paper addmath ni memang memeningkan kepalanya. kalau ikutkan mitos  dari zaman berzaman siapa yang "LULUS" dalam subjek addmath, memang orang lain akan tapik spring! Irdina tersengih. Kalaulah dia lulus dengan cemerlang nanti, agak-agak siapa eh yang akan tapik spring kat dia...

Pandangannya dialih ke sebelah kanan, Terpandang akan Ishaifify, budak mekanikal engginering sebelas kelasnya dia senyum lagi. Walaupun Ishaifify ni seorang yang berkulit gelap tapi senyumannya tetap mencairkan hati gadis remaja sepertinya.



Bak kata orang lama, hitam-hitam si tampuk manggis, lagi hitam lagi manis. Tapi, Fify ni tak ada lah hitam macam tampuk manggis tu. 

Ishaifify tidak keruan. Apa minah ni nak? Ada apa dengan muka aku. Dari tadi asyik pandang dan senyum-senyum je. 

"Ehem.. ehem..." Ishaifify membetulkan suaranya. 

"Nak apa? Dari tadi pandang aku lepas tu senyum-senyum." Soalnya perlahan. Dah la pengawas peperiksaan berkeliaran disana sini. Dia tak nak ambik risiko kalau tertangkap bercakap dengan Irdina. Punah masa depan walaupun hatinya melonjak gembira bila irdina tersenyum padanya.

"Pandang je, tak boleh ke?"

"Bukan tak boleh... Pandang pun mestilah bersebab kan?" Fify berbisik.

"Saya suka tengok awak!" Jujur jawapan Irdina. Matanya dikenyit nakal. Jatuh rahang Ishaifify dengan kenakalan Irdina.

Ishaifify tertunduk. Geram dipermain oleh Irdina. Kau tak kenal lagi aku kan Dina...Belum sempat dia membalas ketengaran suara Encik badrul meminta semua pelajar berhenti menulis dan kertas jawapan akan dikutip sebentar lagi.

Setelah selesai, semua pelajar dibenarkan keluar dari dewan. Irdina juga berpusu-pusu bersama rakan yang lain ke luar dari dewan. Fuh! lega... Dua tahun dia berada disini yang konon-kononnya tercampak bukan dengan kerelaan sendiri. Nampak gayanya dia akan merindui sekolah ini nanti. Pandangannya diarahkan di sekitar sekolah, nanti hati ini akan rindu! Bisiknya sendirian.

"Dina..."

"Irdina Syafiyaa..." Jerit satu suara. Dia berpaling mencari arah suara itu. Nun  jauh dibawah bukit terlihat Alin sedang berlari-lari mengejar langkahnya.

 Azlin melepaskan lelah. "Kenapa tak tunggu aku?" Marah Alin atau nama sebenarnya Farahin  azlin.

"Kau tak cakap..." Irdina memcebik bibirnya.

"Bukan ke biasanya kau tunggu aku..." Marahnya.

"Kau kalau suruh aku tunggu mesti ada apa-apa kan?" Irdina meneka. Azlin kalau tak ada hal mustahak dia tak kisah pun Irdina tunggu atau tak nak balik hostel sekali. Kalau ada hal barulah terkejar-kejar nak balik bersaing. Kutuk Irdina dalam hati.

Azlin tergelak.

"Kau macam tahu-tahu je kan. Kau pakai pendamping ke?" Ujar Azlin sambil tergelak-gelak.

"Banyak la kau punya pendamping. Kau nak apa suruh aku tunggu ni?"

"Janji dengan aku, kau kena rahsiakan hal ni. Boleh?" Bisik Azlin. Tangannya juga diheret ke kawasan yang tidak ada orang.

"Haish... lain macam je kau ni."

"Janji la..." Azlin mengait jari kelingkingnya dengan jari Irdina.

"Janji..."

"Ada orang ajak aku keluar."

"So, keluar je lah. Sejak bila kau pandai mintak kebenaran aku ni?" Perlinya. Entah bila si Azlin ni pandai mintak kebenarannya nak keluar. Lagipun dia bukannya kakak Azlin pun....

"Aku cakap ni... sebab aku nak ajak kau teman!"

Irdina terdiam. Lama sebelum menyambung kata-kata. "Siapa  yang ajak kau keluar?"

"Roy..."

Ternganga mulut Irdina. Tak percaya. Kalau tak silapnya, Roy ni salah seorang kakitangan dalam sekolah mereka. Tapi tak kan kot!

"Rohaizat? Abang Jat tu ke? Dia yang bawak honda BDL tu.."

Azlin mengangguk.

"Kau biar betul nak keluar dengan dia..."

"Betul.... sebab tu aku mintak kau teman. Boleh kan?"

Irdina mencebik. "Tak nak la aku. Cari penyakit je kalau kantoi.."

"Alaaa... jom la. Aku tahu kau penat. Masa ni lah nak realese tension..." Azlin memujuk.

"Kau pergi sorang la Alin... Aku malas lah.."

"Alaa...jom la. Aku tak nak pergi sorang." Rayu Azlin sambil menggongcang tangan Irdina. Rosak lah plan dia dengan Roy kalau Dina tak nak pergi. Entah bila la dapat keluar dengan Roy lagi. Lepas ni mesti susah nak jumpa.

"Okay.. sebelum aku setuju, aku nak tanya kau. Korang ni couple ke? Sejak bila. Kenapa aku tak tahu pun..."

Azlin tersipu malu. "Sebenarnya... bukan couple pun. Teman tapi mesra!"

Irdina menjuih bibirnya. "Elehh... teman tapi mesra konon. Menyampah pulak aku dengar! kalau ya pun apa salahnya."

"Betul laa... lain la kau. Student famous kat sekolah, sampaikan cikgu muda pun nak test market!" Usik Azlin.

"Dina...teman aku ya."

"Tengok la nanti. Penat laa..."

"Kau kena teman aku jugak! Tak boleh tidak..." Jerit Azlin sambil berlalu meninggalkan Irdina.

Irdina mengeluh panjang. Kalau ikutkan rasa penat, memang dia malas nak teman Alin. Tapi melihat sahabatnya yang bersungguh-sungguh itu dia jadi tak sampai hati pulak.


"Alin...Alin... tunggu aku!" Jeritnya apabila melihat kelibat Azlin kian menghilang.

Tiba-tiba bulu romanya meremang. Haishh.. tak kan siang-siang pun nak mengusik kut! Pernah seniornya bercerita pasal kantin sekolah mereka yang tiba-tiba berbau orang memasak. Walhal, ketika itu semua makcik kantin sudah balik ke rumah masing-masing. Bila teringat cerita itu, Irdina terus berlari. Seram tiba-tiba!

Laju dia berlari dan akhirnya dia sampai di dewan makan aspuri. Perutnya sudah bergendang ghazal untuk rubiah. Lapar! Bau kari ikan parang menusuk hidungnya membangkitkan seleranya yang sedia lapar. terbayang sudah lauk kegemarannya yang bakal dihadap sebentar lagi. Sayur pecal bersama telur asin. Perghhh... membangkitkan selera sungguh...

No comments:

Post a Comment