1/12/2017

Kerana Dia - Bab 1






Bab 1


     Malam makin sunyi, diluar rintik hujan sedang membasahi bumi. Makin lama makin kasar, sesekali terdengar dentuman dilangit.Pantas  Hanna menarik selimutnya.  Hatinya resah gelisah, entah kenapa sukar untuk dia melelapkan mata malam ini. Sejuknya usah dicakap tambahan lagi dari tadi dia memasang air-cond. Laju tangannya mencapai remote untuk menutup air-cond. 'Fuhh... lega!
Dia berkalih kiri dan kanan tapi matanya tetap tidak menunjukkan untuk tidur. Makin menjadi-jadi rasa sakit hatinya. Bukan pada sesiapa pun, tapi pada dirinya sendiri, ' Ini semua salah Hazwin!' Hatinya berdetik. Otaknya mula mengimbas perbualannya bersama Hazwin petang tadi...


Tuk.. tuk...

" Hanna... oh Hanna..." suara Hazwin memanggilnya.

" Ada apa Win? Hanna baru siap mandi ni..." Soalnya dari dalam. Tubuh yang terdedah itu ditutup dengan towel. Bimbang akan Hazwin yang menerjah biliknya. Hazwin ni bukan tahu hak privasi orang. Dia ni memang tahu terjah aje. Tambahan lagi mereka sudah lama kenal. dari zaman universiti lagi. So, memang tak hairanlah kalau mereka ni digelar kembar lain mak lain ayah... Dimana ada Hanna, disitulah ada Hazwin.

"Bukak la pintu... aku ada benda nak cakap dengan kau ni..." Ujar Hazwin lagi.

"Pintu tak kunci laaa.."

"Laa... yeke? beria aku memekik dari luar. Kalau tahu baik bukak je dari tadi kan." 

"Kau memang... tapi elok jugak kau tak bukak terus tadi. Aku bimbang kau pengsan je tengok aku tadi." Hanna tergelak kecil. Lega, kalaulah Hazwin bukak pintu tadi. Rasanya sekarang dia dah tak boleh duduk macam ni. Bersilang kaki tanpa rasa apa-apa. Mungkin dia dah menyorok bawah katil kalau Hazwin nampak dia berbogel tadi... Haru!

"Kau kenapa Hanna... tersengih-sengih. Aku tak buat kelakar pun!" Omel Hazwin.

"Tak ada pape lah. Kau nak apa cari aku?" Soalnya sambil mengesat rambut yang basah.

"Kau tahu kan... hujung minggu ni aku ada show."

Hanna mengangguk. Blurr...

"Kenapa dengan show kau tu?" Soalnya pelik.

"Macam ni... Si Mona tu, dia call aku tadi. Dia cakap tak dapat nak join show majlis amal anjuran Megah Holding nanti. Katanya dia terjatuh masa buat modelling..."

"So..."

"Tolong aku na... pleasee..." 

Bulat mata Hanna. Otaknya tepu, sukar menghadam kata-kata Hazwin sebentar tadi. Dia diam seketika. Lama juga dia berkeadaan begitu.

"Aku nak tolong apa? Bukannya aku pandai berurut pun."

"Hanna!" jerit Hazwin kuat.

"Apa?"

"Aku bukan mintak kau tolong urutkan si Mona tu lah... Aku mintak kau gantikan tempat dia! Boleh tak?"

"Kau gila! Haishh... tak nak aku. aku tak reti lah  win.. Kau jangan nak buat gila sangat. Aku tak nak ambik risiko. Eeee.... tak sanggup! Tak sanggup..."

"Boleh la na... boleh ya.." Pujuknya.

Hanna menggeleng. Nak buat modelling, depan orang ramai..  Memang simpan malaikat empat puluh empat. Tahu dek umi dengan waliq memang kena pancung la. Dah la girlfriend bengah semuanya stock model tak cukup kain. Sah-sah la ada kat show tu nanti! Kalau dah girlfriend dia ada, bengah pun mesti ada sama. Okay, memang menempah bala kalau ikutkan kepala si Hazwin ni!

"Hanna...bolehlah kau tolong aku.." 

"Tak boleh. Aku tak nak umi dan waliq tahu. Aku tak nak kena ceramah lagi dengan umi dan waliq. Kau carilah orang lain win... Agensi tempat kau kerja tu kan ramai lagi model yang top-top, meletup kebaboom... Susah-susah kau call je PA Anzalna tu. Mintak tolong dengan dia!

"Tak boleh..."

"Pasal apa tak boleh? Anzalna tu pun buat modelling lah. Cantik pun cantik, biar dah kawin tapi body tetap macam anak dara. Pasal apa kau kata tak boleh pulak?" Soalnya mula geram. Anzalna sikit punya cantik, boleh pulak dia reject!

"Datin dia nak muka baru. Dia dah pesan awal-awal tak nak artis. Kalau boleh yang new look! Kau tolong aku ya Hanna..." Rayu Hazwin lagi.

Hanna berkira-kira dalam kepala. Cik merah diluar tu pun nak kena tuang minyak jugak. Bilik yang dia duduk ni pun nak kena bayar sewa. Dah la dia baru berhenti kerja seminggu yang lalu. Nak dapat kerja zaman ekonomi meleset ni memang susah. Lagi-lagi manusia macam dia yang sangat cerewet memilih kerja! Eh, tapi kena pilih kot... kalau dapat bos macam Encik Rosli tu memang layak pun kena bambu dengan aku. Gatal merla dah la tua tak sedar diri pulak tu. Orang kata apa, rumah kata pergi kubur kata mari.

"Kalau aku tolong apa yang aku dapat?"

"Apa saja, asalkan kau tolong aku." 

"Apa saja?" Soalnya bersungguh-sungguh. hazwin ni biar betul... Apa saja. Ermmm..menarik! Desis hati Hanna.

"Bayar sewa bilik aku selama lima bulan. Boleh?"

Hazwin mengangguk. "Tak ada masalah. Jadi kau setuju lah nak gantikan Mona?"

"Eh, belum lagi..." Hanna tersengih. 

"Apa lagi..." Hazwin menunjukkan wajah yang tidak puas hati.

"Masak untuk aku selama sebulan..."

"Apa saja la Hanna. Aku sanggup buat apa yang kau mintak. Janji kau setuju gantikan tempat Mona."

"Erm... nanti aku fikirkan balik. Sekarang boleh tinggalkan saya  sendirian Cik Hazwin. Saya ingin membaca novel dengan aman tanpa gangguan."

"Habis bila kau nak bagi keputusan?" 

Hanna menarik tangan Hazwin dan menolaknya keluar dari bilik. Segaris senyuman dihadiahkan buat Hazwin. Tanpa perasaan Hanna menolak Hazwin keluar dari biliknya. " Tak lari gunung dikejar.."

"Banyak la kau punya gunung. Esok kau mesti bagi keputusannya Hanna. Ingat tu!" Jerit Hazwin dari luar bilik. Hanna didalam sudah berdekah-dekah ketawakan Hazwin.



Bersambung...






No comments:

Post a Comment