1/16/2017

Kerana Dia - Bab 2








           "Ini yang you kata profesional?" Umar membentak. Melihat lenggok model yang berjalan pun dia tak ada rasa. Kalau ini lah yang dikatakan Hazwin. Dia memang pangkah awal-awal. Memamg lah untuk majlis amal. Tapi kalau ini lah yang dikatakan... memang hancur la designnya nanti. Design sudah gah tapi si pemakainnya tidak kena.

          Hazwin terkulat-kulat dibambu Umar. Hatinya mendongkol geram. Kalau dia tahu yang Umar akan turun padang. Pagi-pagi lagi diheretnya Hanna kemari. Ini tidak... minah tu sedap lagi berdengkur masa dia keluar pagi tadi. Tahu lah sekarang dah jadi penganggur terhebat!

       Hazwin mengeluh panjang. Melihat muka ketat Umar saja dia sudah kecut perut. "Begini Encik Umar... I ada pengganti Mona. Tapi... hari ni dia tak dapat datang lagi. Maybe next time you boleh jumpa dia."

         "What? You ingat i banyak masa nak datang selalu. Eh i banyak lagi kerja nak dibuat bukan kerjannya nak datang sini dan tengok korang buat latihan!" Marah Umar. Kalau ikutkan hati memang dia nak pecat aje Hazwin ni. Bersepah lagi agensi modelling yang lain nak buat usahasama dengannya. 

          Hazwin tunduk memandang lantai. Bukan tak profesional, tapi dia hilang kata.



#UmarAisy

     Melihat muka kelat Umar pun dia sudah berdebar. Muka hensem, tapi sayang berlagak tak bertempat pulak! Sesedap dia je cakap model aku jalan tak betul. Cuba kau pulak yang jalan, entah-entah macam itik pulang petang kot! Kutuk Hazwin dalam hati.

     "Encik Umar nak saya call model saya ke?" Soalnya setelah lama terdiam.

     "Tak payah. I dah lambat nak attend meeting. By the way, kalau boleh make sure model yang you pilih kali ni menepati citarasa i..."

    "Okay. I will..."

    Umar mengangguk dan berlalu. Hazwin menghantar langkah Umar dengan ekor mata saja. Nak hantar sampai ke pintu rasanya tak mungkin. Sorang lagi nama yang akan di blacklist, muka kacak tapi perangai... ya ampun!


#HannaIssabella

     Setelah Umar berlalu Hazwin mencapai telephone. Jarinya laju mendail nombor Hanna.

    "Hello..."

    "Hanna.. kau dah bangun ke belum?"

    "Pasal semalam tu macam mana? Kira jadi lah ya.."

   "Okay... okay.." Hazwin terangguk-angguk. Talian diputuskan. Dia  menghela nafas. Nasib baik Hanna setuju. Kalau tak, masak dia nak cari orang gantikan Mona. Tapi... Hanna boleh ke buat ni? Ah belasah jelah...

  "Guy... " Hazwin menjerit kuat. Suaranya dikuatkan kerana  musik sedang terpasang.

 "Korang semua boleh balik. Latihan dah cukup untuk hari ni. Make sure korang datang esok tepat pada masanya. I tak nak lagi dengar mana-mana dari korang yang terpelecok lagi! Idah penat nak kena bambu dengan mamat kerek tu..."

  "Okay Cik Awin..."

  "See you tomorrow..."

  Hazwin mencapai handbag dan cepat-cepat dia keluar dari situ. Dalam masa satu jam dia harus bertemu dengan pelanggannya. Dia tak nak dicop sebagai orang yang datang lambat. Kalau ikutkan, sekarang ni dia hampir sampai ke tempat yang dituju. Tapi, sebab si kerek a.k.a Umar itulah dia terlewat. Mintak-mintaklah jalan tak jem...

  

No comments:

Post a Comment